BUAH KELAPA
1001 MANFAAT BUAH KELAPA
PENGENALAN
Kelapa merupakan bahan makanan dan juga buah bernutrisi yang murah bagi anda mendapatkan sumber vitamin dan kalium. Kelapa rendah dengan kandungan kalori tetapi masih tinggi dengan kandungan vitamin terutamanya kalium. Kalium yang diperolehi daripada buah kelapa adalah lebih tinggi berbanding buah pisang.
KELAPA mempunyai 3 jenis mengikut kategori iaitu KELAPA TINGGI, KELAPA RENEK dan KELAPA HIBRID.
i)Meningkatkan kekebalan tubuh
Dalam buah kelapa terdapat kandungan mangan dan antioksidan yang bermanfaat untuk mengurangi peradangan dan meningkatkan imunitas tubuh. Tidak hanya itu, kandungan asam lemak yang ada dalam buah ini juga bersifat antijamur dan antivirus sehingga turut meningkatkan imunitas tubuh.
ii)Baik untuk usus
Kelapa tinggi dengan kandungan serat, yang membantu meningkatkan jumlah najis dan menyokong fungsi usus, yang menjadikan sistem pencernaan anda kekal sihat. Oleh kerana buah ini juga tinggi dengan kandungan lemak, ia dapat membantu tubuh anda menyerap nutrien yang larut lemak, termasuklah vitamin A, D, E, dan K.
iii)Mengontrol kadar gula darah
Kandungan serat yang tinggi dalam daging kelapa dapat memperlambat kerja sistem pencernaan dalam mengelola makanan, sehingga mampu mengontrol kadar gula darah. Konsumsi air kelapa pun demikian. Ini karena dalam air kelapa terdapat kandungan magnesium yang dibutuhkan untuk mengontrol kadar gula darah. Namun, penelitian lebih lanjut terkait manfaat buah kelapa masih diperlukan.
1. Produk Kelapa Segar:
Isi kelapa bukan hanya digunakan dalam bentuk segarnya, tetapi juga diproses untuk menghasilkan berbagai produk lain. Berikut adalah beberapa contoh:
Minyak Kelapa: Minyak kelapa adalah produk kelapa yang paling dikenal. Minyak ini digunakan dalam berbagai produk, mulai dari kosmetik dan produk farmasi hingga bahan bakar dan produk industri lainnya. Minyak kelapa juga diketahui kaya asid laurat, yang memiliki manfaat antimikroba.
Kelapa Parut Kering, Krim Kelapa, dan Serbuk Santan: Produk ini merupakan bahan utama dalam berbagai masakan dan pencuci mulut. Kelapa parut kering memiliki nilai nutrisi yang tinggi, termasuk protein, serat, dan mineral.
Virgin Coconut Oil (VCO): VCO adalah minyak kelapa dara yang dihasilkan dari proses ekstraksi tanpa pemanasan. VCO mengandungi sejumlah besar asid laurat dan trigliserida, yang mempunyai manfaat kesihatan dan kecantikan.
Nata de Coco: Nata de coco adalah produk fermentasi yang terbuat dari air kelapa, yang popular sebagai bahan pencuci mulut dan minuman di pelbagai negara.
Sabut kelapa dapat digunakan untuk membuat koir dan serat kelapa, yang digunakan dalam industri, termasuk dalam industri otomotif dan pertanian. Tempurung kelapa dapat digunakan untuk menghasilkan arang aktif, bahan bakar dalam pembuatan ubat nyamuk dan bahan hiasan dalam industri kraftangan. Batang kelapa dapat diproses menjadi kayu berkualiti untuk kegunaan industri pembinaan dan perabot.
4. Produk Berasaskan Nira Kelapa:
Nira diperolehi dari mayang kelapa dan boleh diminum atau diproses menjadi gula melaka atau cuka. Gula kelapa adalah pemanis semulajadi yang memiliki indeks glikemik lebih rendah daripada gula pasir biasa dan kaya mineral.
Rekod fosil di New Zealand menunjukkan pokok kecil seperti kelapa tumbuh di situ semenjak 15 juta tahun dahulu. Fosil yang lebih tua telah dijumpai di Rajasthan, India. Walau dari manapun asal pokok kelapa, ia telah tersebar disebahagian besar kawasan tropika, terutamanya sepanjang persisiran pantai. Oleh kerana buah kelapa ringan dan timbul, pokok kelapa mudah tersebar oleh arus laut yang mampu membawa buah kelapa pada jarak yang jauh. Pokok kelapa hidup subur di tanah berpasir, paya dengan banyak cahaya matahari dan hujan yang tetap (75-100 cm setahun), yang menjadikan koloni di pantai agak mudah. Buah yang dikumpulkan dari laut jauh ke utara seperti Norway telah di dapati masih utuh dan mampu tumbuh setelah diberikan keadaan yang sesuai. Bagaimanapun di Kepulauan Hawai, pokok kelapa dianggap diperkenalkan oleh orang Polinesia, pertama diperkenalkan ke kepulauan oleh pelayar Polinesia dari tanah asal mereka di Pasifik Selatan.
1. Makanan dan Minuman
Isi buah kelapa, juga dikenali sebagai “isirong”, adalah sumber makanan yang berharga. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak, dan sering digunakan dalam masakan Asia Tenggara seperti kari dan rendang. Isi kelapa juga boleh diparut dan diperah untuk mendapatkan santan, yang digunakan secara meluas dalam masakan di seluruh dunia. Selain itu, air kelapa adalah minuman yang segar dan menyegarkan, dan ia kaya dengan elektrolit, menjadikannya minuman rehidrasi yang popular.
2. Minyak Kelapa
Minyak kelapa, yang diperoleh dari isi buah kelapa, digunakan dalam pelbagai kegunaan. Dalam masakan, ia adalah minyak masak yang stabil dengan titik asap yang tinggi. Di luar dapur, minyak kelapa digunakan dalam produk kosmetik seperti losyen dan sabun, kerana ia dikatakan mempunyai sifat melembapkan. Minyak kelapa juga digunakan sebagai biofuel.
3. Serat dan Bahan Bangunan
Serat dari kulit buah kelapa, dikenal sebagai coir, digunakan dalam banyak kegunaan. Ia digunakan untuk membuat tali, karpet, dan juga digunakan dalam industri landskap sebagai medium tanam. Tempurung kelapa sendiri boleh digunakan sebagai bahan bangunan atau dijadikan sebagai bahan bakar.
4. Penggunaan Perubatan
5. Industri
Industri kelapa mempunyai impak ekonomi yang signifikan di banyak negara. Menurut laporan tahunan 2019 dari Food and Agriculture Organization (FAO), pengeluaran kelapa di Indonesia, pengeluar kelapa terbesar di dunia, mencapai lebih dari 18.3 juta tan metrik. Buah kelapa dan produk-produk daripadanya merupakan komoditi eksport utama bagi negara-negara seperti Indonesia, Filipina, dan India.
http://animhosnan.blogspot.com/2015/09/kelapa-jenis-kelapa.htmlhttps://www.alodokter.com/8-manfaat-buah-kelapa-untuk-kesehatan-yang-jarang-diketahui
https://fazlisyam.com/produk-hasil-kelapa/#google_vignette
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kelapa
Ulasan
Catat Ulasan