BUAH DURIAN
RAJA BUAH
Raja buah punya pelbagai khasiat
DURIAN atau nama saintifiknya 'Durio', buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara yang isinya manis, lembut dan aromanya yang enak. Ia menjadi kegilaan peminat buah-buahan tempatan yang sentiasa menantikan kedatangan musimnya saban tahun.
Selain rasanya yang sedap, durian juga antara buah-buahan tempatan memiliki banyak khasiat. Ia mengandungi phytonutrien dan antioksidan tinggi yang dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah.
Kajian saya mendapati durian berpotensi mengelakkan jangkitan kulat kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semula jadi untuk membunuh jangkitan.
Dari sektor ekonomi, durian menjadi antara penyumbang pendapatan negara apabila nilai eksport produk berasaskan buah itu mencecah RM60 juta pada tahun lalu.
Info
Durian boleh ditemui di negara:
- Malaysia
- Filipina
- Indonesia
- Brunei
Jenis-jenis Durian
Terdapat banyak jenis durian di Malaysia, namun anda perlu mengetahui beberapa jenis yang popular sebelum membeli dan manikmatinya.
Musang King
Musang King yang juga dikenali sebagai Raja Kunyit, Cat Mountain King atau ‘Mao Shan Wang’ (dalam bahasa Cina) adalah jenis durian yang paling popular di Malaysia. Buahnya bersaiz sederhana besar, bulat membujur dan berkulit hijau muda. Manakala isinya tebal, berwarna kuning keemasan, rasa lemak, pahit dan berkrim.
Golden Phoenix
Buah ini juga dikenali dengan nama golden pillow. Berwarna kuning pucat dan sedikit keputihan, teksturnya adalah sedikit berair dan bau yang tajam selain rasa pahit. Buah ini lazimnya tumbuh dari pokok lama.
XO
Nama ‘XO’ dari rasa yang ditapai dan tekstur yang sangat lembut, ulasnya yang kecil tetapi mempunyai isi yang tebal.Isinya rasa pahit. Jenis ini adalah antara jenis yang paling mudah diperolehi dan dijual di semua gerai buah.
D24
Buah jenis ini juga dikenali sebagai Durian Sultan dan merupakan salah satu spesies buah yang terkenal bersama Musang King. Isinya berwarna kuning kekuningan, tekstur berkrim dengan rasa pahit.D13
Tidak seperti jenis lain yang disebutkan di atas, jenis D13 berwarna oren. Isinya manis, kurang berbau, kurang berserat, dengan biji besar dan mudah dimakan. Buah ini juga dikenali sebagai Super Red Prawn.
D101
Durian jenis ini berwarna kuning kusam dan berperasa sedikit manis berkrim, jadi ia sesuai bagi mereka yang hanya mahukan rasa kemanisan. Kanak-kanak lebih menyukai jenis ini kerana ia juga bertekstur lembut.
Udang merah
Nama udang merah berasal dari warna oren kemerahan yang mencolok berbanding spesies durian lain. Juga dikenali sebagai Hong Xia, Ang Hay, buah ini sedikit melekit dan mempunyai rasa kemanisan.
Green Bamboo
Nama lainnya ialah Qing Zhu. Durian jenis ini mempunyai isi yang manis dan kaya dengan serat makanan. Isinya tebal dengan biji yang kecil, biasanya boleh didapati di gerai buah.
Black Pearl
Durian jenis ini mempunyai isi yang berwarna kuning pucat seperti mutiara. Ia licin dan berkrim dalam tekstur, tetapi sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil.
Manfaat Durian
Kebanyakan manfaat kesihatan buah ini berasal daripada kandungan vitamin dan mineral durian yang mengagumkan. Raja buah ini mengandungi vitamin seperti vitamin-C, asid folik,vitamin A dan lain-lain.Ia juga mengandungi nutrien seperti phytonutrients, air, protein dan serat pemakanan bermanfaat.
Membantu dalam pencernaan
Penyelidikan dalam jurnal Bioinformation yang diketuai oleh Dr. Nurul Arneida Husin dari Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia, Malaysia mencadangkan supaya makan buah durian secara berkala dapat membantu memperbaiki proses pencernaan.
Raja buah ini mengandungi serat makanan yang tinggi, yang penting untuk pelbagai fungsi sistem dalam tubuh, terutamanya sistem pencernaan. Serat yang tidak larut menyebabkan pergerakan usus meningkat secara pukal, yang memudahkannya bergerak melalui saluran usus. Serat juga merangsang gerakan peristaltik dan rembesan jus pencernaan dan gastrik, seterusnya melancarkan keseluruhan proses. Dengan mengurangkan keadaan seperti sembelit dan penyumbatan dalam usus, masalah seperti kembung, pedih ulu hati, kekejangan dan pencernaan boleh dikurangkan.
Kesihatan jantung
Kajian 2018 yang sama menunjukkan bahawa durian boleh dimasukkan dalam diet yang mesra jantung. Ini boleh dijelaskan dengan kehadiran serat, seperti yang dinyatakan sebelum ini. Serat membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah dengan mengikis kolesterol LDL (kolesterol jahat) keluar dari tubuh dan dengan cepat membuangnya sebagai sisa (najis) sebelum ia boleh menyebabkan apa-apa kerosakan pada sistem kardiovaskular dalam bentuk pembentukan plak.
Mengurangkan tekanan darah
Satu kajian 2015 yang bertajuk “Effects of Durian Intake on Blood Pressure and Heart Rate in Healthy Individuals” mendedahkan bahawa buah ini tidak memberi kesan negatif pada paras tekanan darah dan juga meningkatkan kadar degupan jantung.
Durian adalah sumber yang kaya kalium, dan kalium adalah bahagian yang penting dari garam serta memberikan keseimbangan cecair di seluruh sel-sel tubuh, paras kalium juga menentukan tekanan darah. Apabila jumlah kalium yang mencukupi hadir, saluran darah dapat berehat, mengurangkan tekanan pada sistem kardiovaskular dan mengurangkan risiko keadaan seperti aterosklerosis, serangan jantung, dan strok.
Antipenuaan
Dalam perubatan tradisional, durian sering dianggap sebagai alat untuk mencegah penuaan, dan merupakan salah satu sebab utama mengapa orang menyebutnya sebagai “raja buah”. Ternyata buah ini mempunyai sifat antioksidan yang berasal dari vitamin dan kimia organik yang secara aktif mengurangkan jumlah radikal bebas dalam tubuh.
Memakan durian yang berlebihan boleh meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menghilangkan radikal bebas, dengan itu mengurangkan kemungkinan penuaan pramatang dan melambatkan penampilan simptom seperti kedutan, jeragat, degenerasi makular, kehilangan rambut, kehilangan gigi, artritis, dan penyakit jantung.
Merawat insomnia
Durian mengandungi asid amino yang dikenali sebagai tryptophan. Dalam kajian penyelidikan dari jurnal Medicine, tryptophan didapati berpotensi membantu dalam mengurangkan gangguan tidur jangka pendek. Tryptophan adalah bahan kimia organik yang biasanya dikaitkan dengan tidur. Ia diperlukan untuk meningkatkan tahap serotonin dan melatonin. Kedua-dua bahan kimia ini diperlukan untuk menguruskan emosi. Serotonin adalah penting untuk melegakan tekanan, tidur, kegelisahan, selera makan serta kemurungan. Di samping itu, jenis hormon ini membantu menguruskan fungsi tidur dan boleh digunakan dalam penyembuhan epilepsi.
Selain dimakan, 10 lagi cara popular menu berasaskan durian
SETIAP kali tibanya musim durian, pelbagai hidangan menu yang boleh divariasikan dengan buah yang digelar raja segala buah-buahan itu.
Selain enak dimakan begitu saja, durian banyak digunakan dalam pelbagai jenis menu masakan seperti dimasukkan dalam resipi pencuci mulut seperti durian crepe, aneka kuih-muih, makanan ringan dan lauk-pauk yang berasaskan durian.
Macam macam menu masakan berasaskan durian sama ada jenis Musang King, Durian Kampung, Durian D24, Durian Duri Hitam dan sebagainya boleh dipelbagaikan cita rasanya.
10 makanan berasaskan durian
1. Durian Crepe
Durian Crepe, sejenis pencuci mulut yang kini menjadi pilihan ramai. Durian Crepe diperbuat daripada kulit lempeng yang didalamnya diletakkan krim dan durian.ABC Durian adalah antara pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia. Ais kisar yang diletak pulut, kacang merah, jagung, sirap dan susu serta dimakan dengan durian segar pasti menjadikan pencuci mulut itu lebih enak dimakan.
3. Cendol Durian
Sama seperti pencuci mulut ABC, durian juga enak dimakan bersama cendol dan santan kelapa segar bagi melegakan tekak penggemarnya dan rasanya begitu premium.
4. Pulut Durian
Selain enak dimakan begitu sahaja, durian juga sedap makan bersama pulut dan santan segar. Penggemar durian dan pulut pasti menyukai menu berkenaan.
Ada pula dimakan bersama pulut dan mangga seperti menu terkenal dari Thailand.
5. Lempuk Durian
Lempuk adalah sejenis makanan daripada durian dan dimasak dengan gula atau gula Melaka sehingga pekat. Sedap dan sesuai dimakan bersama roti kosong atau untuk ramuan menambah kelazatan untuk pelbagai jenis kuih-muih.
6. Tempoyak
Tempoyak adalah isi durian yang ditapai dengan sedikit garam sebelum menjadi sedikit masam. Bagaimanapun, bagi penggemarnya, tempoyak kebiasaannya dijadikan sambal, gulai dan pais ikan.
7. Serawa Durian
Serawa Durian adalah hidangan yang begitu lazim di Malaysia dan boleh dimakan begitu sahaja atau bersama pulut, roti jala, lempeng dan sebagainya.
8. Dodol Durian
Dodol durian adalah manisan tradisional yang kebiasaannya ditemui ketika hari raya atau majlis perkahwinan. Dodol durian diperbuat daripada tepung pulut, isi durian, gula pasir, santan, gula melaka.
9. Durian Goreng
Kedengaran agak pelik, tapi durian goreng begitu mudah untuk dibuat. Hanya menggunakan bahan campuran tepung goreng serba guna sebelum digoreng.
Enak dimakan panas-panas waktu sarapan pagi atau minum petang.
10. Snek Keropok Durian
Snek bertih jagung perasa durian sudah pasti menjadi pilihan orang ramai terutama kanak-kanak. Rasanya yang manis dan enak semestinya sedap dimakan ketika bersantai menonton televisyen mahupun berkelah.
Panduan memilih durian
- Tengok kulit durian. Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai, merekah atau kulitnya ada tompokan hitam kerana ia sudah busuk.
- Tengok duri durian. Cari buah yang berduri tumpul dan jarang.
- Cuba rasa berat buah durian. Kalau terlalu ringan dibandingkan dengan saiznya, mungkin itu durian lama. Cari durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya.
- Tengok tangkai durian. Jika tangkai berwarna coklat, kecut, kering berkemungkinan ia sudah lama gugur. Cari yang berlendir dan berwarna hijau. Ada juga durian yang tangkainya jenis liat dan teguh. Biasanya isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa.
- Cium bau durian. Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan rasa begitu menyelerakan.
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/08/181233/raja-buah-punya-pelbagai-khasiat
Universiteitsbibliotheek Utrecht
Analisis oleh Pengkaji Kartografi, Persatuan Kartografi Melaka, Shahrul Azzim Abd Aziz
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/07/1125800/selain-dimakan-10-lagi-cara-popular-menu-berasaskan-durian#google_vignette
Ulasan
Catat Ulasan