PENGENALAN

 

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan. Antara contoh buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, manggis, durian, pisang, betik, langsat, mata kucing dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh buah-buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya. Manakala, buah-buahan bermusim pula seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya.
Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar.Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang atau dusun .Sudah tentu khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati dan dibeli  terutama pada musim buah-buahan.
Harga buah-buahan tempatan juga  jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport.

Buah-buahan tempatan tiada bahan pengawet yang boleh membahayakan kesihatan. Kebanyakan buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama. Oleh itu kita dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan.

Kesimpulannya, buah-buah tempatan mengandungi banyak vitamin dan zat yang diperlukan oleh
manusia. Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri.

Senarai Buah-Buahan Tempatan

•Belimbing
•Betik
•Cempedak
•Ciku
•Durian
•Langsat, duku dan dokong
•Limau
•Mangga
•Manggis
•Nangka
•Pisang
•Rambutan
•Tembikai

Khasiat Buah-buahan Tempatan

Makanan adalah penting untuk tumbesaran dalam kehidupan harian manusia. Salah satu makanan yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan. Bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren, epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal.

Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunyai iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan. Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga mempunyai khasiat yang tinggi.

Mari kita lihat jenis buah-buahan tempatan.




KELAPA
- kulitnya hijau ketika muda dan coklat semasa tua

- kulitnya tebal dan bersabut

- buah ini ada air dan isi di dalamnya dan sedap diminum ketika muda
- ketika tua isinya akan menghasilkan santan

- buah ini boleh menghasilkan minyak yang banyak khasiatnya


DURIAN
- buah ini ada duri pada kulitnya

- buah ini juga dipanggil raja segala buah

- kulitnya berwarna kuning keemasan dan tebal

- isinya berwarna kuning

- rasa isinya lemak manis 

BETIK
- bentuk buah ini bujur

- kulitnya kuning kehijaun

- isinya berwarna merah

- isinya lembut dan rasanya manis

- buah ini banyak bijinya

- bijinya berwarna hitam

JAMBU BOTOL
- bentuk buah ini bujur

- warna kulitnya merah

- rasa isinya masam manis


MANGGIS
- kulitnya berwarna hijau ketika muda

- kulitnya berwarna ungu ketika masak

- bentuknya bulat

- isinya putih dan rasanya manis

PISANG
- buah ini berbentuk panjang
- kulit dan isinya berwarna kuning
- isinya lembut dan rasanya manis

RAMBUTAN
- buah ini ada rambut pada kulitnya
- kulitnya berwarna merah
- isinya berwarna putih dan rasanya manis

TEMBIKAI

- bentuk buah ini bulat

- kulitnya berwarna hijau dan isinya merah

- rasa buah ini manis dan banyak air

- buah ini banyak bijinya  


 MANGGA

- kulit buah ini berwarna hijau atau kuning

- bentuk buah ini bujur

- rasa isinya masam ketika muda 

- isinya kuning dan rasanya manis ketika ranum 



LIMAU BALI

- bentuk buah ini bulat dan besar

- kulitnya hijau dan berbau harum

- isinya masam manis


CEMPEDAK

- kulitnya kasar

- kulitnya berwarna hijau ketika muda dan kuning ketika masak ranum

- bau buah ini harum ketika masak ranum

- isinya kuning dan rasanya lemak manis

- buah ini berbentuk bujur dan banyak getah



JAMBU AIR

- bentuk buah ini seperti loceng

- buah ini berwarna merah ketika masak ranum

- isinya rangup dan manis rasanya

- buah ini banyak jusnya 


Keistimewaan Buah Buahan Tempatan.

Berikut terdapat beberapa keistimewaan buah-buahan tempatan. Antara kelebihan buah-buahan tempatan termasuklah rasanya yang sedap dan mempunyai banyak khasiat.Keenakkannya memang tidak dapat dinafikan malah telah diakui oleh pelancong luar Negara yang pernah cuba merasainya.Dalam pada itu, buah-buahan tempatan turut mengandungi khasiat seperti vitamin C yang penting untuh tubuh badan.Sesungguhnya keistimewaan buah-buahan tempatan sememangnya standing dengan buah buahan import.
        Selain itu, buah-buahan tempatan mudah diperoleh sepanjang tahun berbanding dengan buah-buahan import.Buah-buahan seperti betik,pisang dan nanas yang sentiasa ada tanpa mengikut musim.Manakala buah-buahan tempatan yang dapat diperolehi mengikut musim seperti durian, rambutan, langsat dan manggis.Malah harga buah-buahan tempatan sangat murah dan dapat dinikmati oleh semua.Di samping itu, pelbagai jenis makanan boleh dihasilkan daripada buah-buahan tempatan antaranya ialah penghasilan produk makanan dan minuman.
        Ringkasnya buah-buahan tempatan mempunyai banyak kelebihan malah standing dengan buah-buahan import.Oleh itu sokonglah buah-buahan tempatan.


SUMBER RUJUKAN

http://cikgusukinas-buahantempatan.blogspot.com/p/buah-buahan-tempatan.html

Ulasan